Beli Tiket Wayang GSC di Kiosk (Self Services)

Hai
ٱلسَّÙ„َامُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ

Korang semua pasti suka tengok wayang kan, dan selepas Wabak penyakit yang melanda seluruh dunia, PKP untuk tempoh masa yang agak lama, sistem perniagaan kebanyakannya telah berubah. Perubahan ini termasuk semakin ramai peniaga menggunakan kaedah nirtunai. Antara alternatif lain pembayaran adalah menggunakan kad debit, kredit, prabayar dan amex. Ada juga yang memberi pilihan menggunakan dompet digital seperti TnG, Grabpay, Shoppe Pay, MAE, Duitnow, Boost dan macam² lagi.

Imaginur dah masuk dalam Hall BIG, makin rancak nak layan dekat Hall ni. Jgn lupa beli tonton dekat cinema skrin yg lebih besar ni ya. Sound pun lagi padu. 



Hal ini termasuk juga yang mengurangkan pekerja bahagian penjualan tiket dan menggantikannya dengan kiosk. Tapi, pembelian tiket wayang menggunakan Kiosk sangatlah mudah. 

Hari ini aku nak explain step by step cara untuk membeli tiket wayang pakai kios.

ok ini kiosk dekat GSC The Starling Mall. Yg petak hitam bawah tu scanner utk Qr/Bar code. Selalunya utk pembayaran ewallet. Yg petak kecik ada skrin tu terminal kad. 



Step 1, pilih movie yang korang nak. Contoh sini aku pilih ant man. Tekan kat time warna hijau tu. Dia hijau tu maksud dia masih banyak seat kosong, kalau kuning laris terjual dan merah habis dijual. 



Dah pilih masa, korang pilih seat. Aku suggest seat twin ni, sbb boleh recline belakang dan kaki, and Hall Big ni skrin dia sumpah besar sangat dan sound dia pakai Dolby Atmos. Dah pilih seat, boleh tekan next button warna merah. 



lepastu pilih makanan, makanan pun boleh beli asing di kaunter makanan kalau nak, aku akan beli terus sebab boleh masuk line pick up terus. Btw, interface sini korang boleh tukar kpd harga kanak² atau oku atau senior kst stas tu, pastikan ada bukti kukuh kalau kena tahan dekat checkpoint. Pastu tekan confirm. 


dah sampai page tnc ni, baca la kalau nak, jangan beli kat tempat lain tapi gi pickup kat mall lain pulak, memang staff tak dapat buat apa2 sebab dia mengikut lokasi pembelian. Lepastu tekan confirm. 


Then masuk interface ni, kalau korang ada GSC Rewards, scan je, nanti dapat point. Then point boleh reedem voucher makanan atau tiket, nanti next pos aku cerita pasal ni. Kalau takda, tekan cancel saja. 

then akan masuk interface ni, sini tekan proceed saja


Then pilih korang punya payment method. 
Kalau kad, korang kena tap twice tau sebab tap yg pertama tu dia utk verify kad korang, ada promotion ke tak. Tap yg kedua baru payment. Jgn risau, dia
Akan deduct sekali saja. Kalau ewallet, korang kena scan kat sensor petak bawah tu saja. Then tunggu tiket keluar saja. 

Tiket jangan hilang pulak, nanti takleh masuk tengok movie. 

Tu je entry ringkas malam ni pasal pembelian tiket kat kiosk. Nanti aku update untuk apps pulak. 

Pastu kalau ada masa, aku try jgk tulis pasal promosi yang ada kat GSC Cinema ni.

Terima Kasih. 

Catat Ulasan

0 Ulasan