Tonton Ant-Man Wasp Quantummania di GSC

Hi, dah lama tak menulis di blog ni. Mulai hari ni, saya akan mula menulis semula di blog ini. Oh ya, maaf andai blog masih bersepah, template tak habis setting lagi.

Kembali pada tajuk, Ant-Man Wasp Quantumania akan ditayangkan di pawagam bermula 16 Feb 2023. Tayangan kalau di panggung wayang GSC, akan bermula seawal 12.10 pagi. Iaitu esok malam.

Tawaran menarik untuk peminat filem Marvel, GSC ada menyediakan poskad khusus untuk filem ni. Pengumpul poskad boleh la beli seawal mungkin untuk merebut poskad ni. Sebab mekanisme dia siapa cepat dia dapat.

Poskad ni untuk sesiapa membeli tiket di Hall Normal.

Poskad ini pulak untuk sesiapa yang membeli tikat di Hall GSC BIG.

BTW filem Ant-Man Wasp Quantumania ni terdapat dalam beberapa format.
1. Normal 2D
2. 3D
3. 4DX / MX4D
4. IMAX
5. Atmos
6. ScreenX

Kalau aku, aku akan tonton dekat GSC BIG. GSC BIG ni ada sound system yg sangat sedap dan skrin yg besar. Sangat berbaloi.

Kalau bawak anak kecil, aku cadangkan tonton di Play Hall GSC, dalam tu family friendly. Bila2 nanti aku nak buat satu-satu posting pasal setiap Hall dan apa kelebihan dia untuk pos akan datang.

Selamat menonton untuk semua peminat filem✨

Catat Ulasan

0 Ulasan