#Jiwa kian terhakis dalam diri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, harini sudah masuk searuh kedua dah bulan Ramadhan, semoga kita terus istiqamah dalam melakukan ibadat.


Sedikit luahan hati~

#jiwa sememangnya sebuah hastag yang sinonim dengan haakusm. hastag ini diwujudkan oleh senior-senior yang terdahulu. sehingga sekarang hastag ini masih digunapakai. namun apa yang ada dengan #jiwa ni?

#jiwa ni sebenarnya satu kaedah untuk ahli haakum untuk menyatakan bahawa komitmen mereka pada haakusm tidak akan pudar, jiwa akan selalu ada dengan haakusm.

Jiwa ni bercambah subur dalam diri aku pada tahun pertama yang mana pada masa itu aku seorang yang lansung tidak berniat untuk menyertai persatuan haakusm. Namun, pada masa itu, projek pertama setelah kami masuk adalah projek bubur as-syura. untuk projek ini, aku dieri tanggungjawab ketua ajk multimedia dan publisiti. Pada masa itu, masih belum ada lagi pembantu exco rasmi untuk haakusm. Disebabkan rasa tanggungjawab, aku cuba untuk menyiapkan tugasan yang diberikan walaupun aku tidak ada ilmu lansung dalam menghasilkan poster ini. Namun, disebabkan minat dan ingin memperlajari sesuatu yang baru, sampaikan aku tidak tidur malam semata-mata untuk mempelajari membuat poster. Oleh itu, semakin lama poster yang dihasiklan semakin baik. Terima kasih banyak2 kepada abe Aqil yang sentiasa memberikan tunjuk ajar kepada aku.




Sambung bab #jiwa ni, sememangnya masa tu aku xnak pun join haakusm ni, tapi disebabkan majlis tertinggi yang sememangnya sangat baik dan sangat-sangat permah, mereka secara tidak langsung menyebabkan aku rasa ada keluarga usm. Keakraban mereka melayan kami sangat aku suka. Mereka sememangnya berperanan penting sebagai abang dan kakak.

Namun, kenapa tajuk entri ni #jiwa kian terhakis dalam diri? sebanarnya perasaan ni bertitik tolak semasa aku menjadi exco haakusm, dimana kepimpinan baru memilih untuk "slowkan" semua program dan lebih berfokus kepada jalinan ukhuwah. Sangat berbeza dengan kepimpinan sebelumnya, yang sangat aktif dalam melakukan program.

Disebabkan pengurangan program ini lah yang menyebabkan rasa jiwa semakin hilang. Ini hanya perasaan aku yag secara perbadi. Aku masih tak faham bagaimana aku boleh merasakan perasaan ini. aku juga masih tidak faham maksud untuk focus kpd jalinan ukhuwah  jika program dikurangkan, sedangkan aktiviti lepak dan riadah bersama beramai-ramai tidak dilakukan sekerap dahulu.

Aku juga tidak tahu tentang konflik yang berlaku sebelum ini, tapi pandangan peribadi aku ini hanyalah pandangan semata2 dan lansung tidak berhak untuk dipertimbangkan. ok, hanya pandangan ya!.

Sebenarnya aku mula masuk dalam kepimpinan haakusm ini disebabkan oleh program, aku merasa kasih sayang senior juga melalui program, program yang banyak menyebabkan kita semakin rapat dan semakin sayang. #jiwa timbul akibat kita sama-sama bersusah payah dalam menganjurkan satu-satu program. Namun apabila program dikurangkan, semakin kuranglah masa untuk berjumpa, menjalinkan ukhuwah. Apabila ukhuwah berkurang, bila kita buat aktiviti seperti bbq ke, ape ke, perkara ini jadi kurang keakraban dan ada juga yang tidak menyertai disebabkan mereka malu kerana kurangnya pergaulan.

Ya memang penat untuk melakukan sesebuah program, tetapi apabila ia Berjaya dilakukan, ia merupakan satu kemanisan buat kita semua. Disamping itu juga, hidup dalam usm ni kita memerlukan myCSD. myCSD didapati dengan menyertai dan menganjurkan pelbagai program. Apabila program dikurangkan, maka ahli2 akan mencari alternative lain untuk mendapatkan myCSD. Mereka akan menyertai persatuan lain dan semestinya keakraban akan terbuentuk disitu. Hal ini menyebabkan mereka secara perlahan-lahan akan meninggalkan haakusm. Perkara ini seharusnya dielakkan.

Pesanan aku untuk kepimpinan haakusm, jaga lah haak dengan jiwa anda. Buatlah sebaiknya untuk kekalkan ukhuwah antara ahli. Jangan sesekali kurangkan program, kerana program ini akan mengikat ahli supaya beri komitmen sepenuhnya dalam haakusm. Mereka tidak akan mencari persatuan lain kerana mereka boleh mendapatkan apa yang mereka perlukan dalam haak. Kepada mt-mt sekalian, bermseralah dengan adik-adik, jadilah seorang abang dan kakak yang penyayang. Jangan pernah wujud sikap berpuak-puak.

Semoga haakusmakan terus kekal menjadi persatuan yang terbaik dalam usm. Seamat Maju Jaya!











Catat Ulasan

0 Ulasan