Masih ada kekosongan dalam jiwa ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah kehidupan kini ternyata lebih baik daripada dahulu. Walaupun lebih baik, namun aku juga merasakan ada kekosongan dalam diri ini. Mungkin disebabkan aku rindu kepada Arwah abah. 


Aku hanya seorang insan yang biasa. Kelemahan paling aku teruk adalah dalam aspek komunikasi. Aku tidak pandai untuk bersosial. Apa yang aku tahu hanya fokus  untuk satu-satu perkara sahaja. Contohnya, apabila aku membuat nota dan study, aku akan fokus betul-betul, sehinggakan aku tidak mengendahkan apa yang berlaku sekeliling aku. Apabila aku menonton drama aku akan fokus sampai drama itu tamat dan tidak ada orang yang boleh ganggu masa aku. 

Untuk awal semester ini, aku tempat lepak aku hanyalah di open gym. Kenapa open gym? Sebabnya bilik aku betul-betul menghadap open gym yang sekaligus menjadikan diri aku ini rajin pergi kesana. 

Open  Gym Pada Waktu Malam

Pemandangan dari Open Gym

Desasiswa Saujana M04 (kiri)

Semoga semester baru ini dapat dihabiskan dengan result yang baik



Sekian sahaja untuk hari ini. Semoga anda semua akan dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.

Catat Ulasan

0 Ulasan