Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah syukur kepada Illahi kerana atas nikmat kurnianya kita masih lagi diberikan peluang untuk menghirup udara yang sangat segar pada setiap hari. Semoga apa yang kita sering lakukan setiap hari ini akan menjadi bekalan untuk kita berada di alam seterusnya.
Alhamdulillah, setelah selesai segala urusan yang terjadi tanpa diduga pada musim cuti semester haritu, InshaAllah aku akan menjadi seorang yang lebih tabah. Ajal, maut, jodoh, pertemuan semuanya di tangan Allah. Apa yang boleh kita buat hanyalah jadikannya sebagai pengajaran dan ikhtibar untuk kehidupan kita.
Sedikit sebanyak tentang arwah abah aku, dia seorang bapa yang sangat penyayang, bertanggungjawab, prihatin, dan amanah. Sebagai seorang guru kafa pula dia seorang yang sangat penyabar dan sentiasa melayan kerenah murid-muridnya dan memastikan apa yang diamanahkan kepadanya dilaksanakan. Dalam konteks pemimpin agama pula, iaitu memegang jawatan sebagai Imam Muda di Masjid Mukim Meranto, beliau seorang yang sangat amanah. Satu demi satu perubahan yang beliau lakukan untuk memastikan masyarakat setempat hadir sekurang-kurangnya untuk solat berjemaah di masjid. Perubahan itu boleh dilihat pada masa sekarang dimana, masjid telah di indahkan, mempunyai ekon, menyediakan prasarana seperti tandah dan dewan makan untuk kegunaan semua masyarakat. Apa yang boleh aku buat pada masa sekarang hanyalah menjadi seorang anak yang boleh mengirimkan doa untuknya. Al-Fatihah (Mohamad Amin Bin Maryam) (1967-2017) (50 Tahun 10 Hari)
Gambar Terakhir Arwah (Sebelum Raya Aidilfitri) Entah mengapa pada Aidilfitri haritu, kami tidak bergambar, tiada baju raya dan sebagainya. |
Setelah cuti semester berakhir, aku talah tetapkan untuk diri ini supaya lebih banyak berdikari, aku perlu bantu keluarga aku untuk meneruskan hidup. Kakak aku telah mengorbankan pembelajarannya demi untuk mencari pekerjaan supaya kurang bebanan keluarga. Semangat perlu sentiasa dicari supaya tidak terkungkur di pertengahan jalan. Walaupun aku sudah tersugkur teruk di permulaan perjalanan aku, namun aku ingin bangkit. Aku perlu tingkatkan CGPA dan aku juga perlu banyak libatkan diri dalam persatuan untuk tingkatkan softskill dalam diri aku ini. Dalam bidang perniagaan pula, aku perlu mendapatkan ilmu yang sangat banyak. Semoga apa yang aku rasa pada masa catatan ini ditulis berterusan dan tidak hangat-hangat tahi ayam.
Untuk semester baru ini, syukur Alhamdulillah aku telah dibenarkan memilih roomate dan dibenarkan pilih bilik disebabkan penglibatan aku dalam Majlis Penghuni Desasiswa Restu. Syukur yang tidak terhingga aku rasa kerana dapat roomate baru. Sekurang-kurangnya aku mampu untuk belajar dengan tenang, mampu belajar dengan lebih tekun.
Aku hanya ada satu masalah yang sangat teruk iaitu aku tidak pandai untuk bersosial. Aku tidak pandai untuk bersembang. Masalah ini aku ingin buangkan dalam diri aku. Aku perlu belajar cara kehidupan sebabar manusia. Perlu pandai bergaul dengan masyarakat. Perkara paling penting adalah dia berasal dari negeri yang sama dengan aku. Jadi tiada masalah dalam memahami perbualan.
View daripada bilik aku juga tidak seperti sidang lepas, dimana sidang lepas menghadap bukit. Pada sidang ini bilik aku menghadap open gym yang terletak berhampiran dengan Desasiswa Saujana M04. Waktu malam tidak ada rasa takut pun berbanding bilik pada sidang lepas.
OpenGym |
Ini saja untuk setakat ini, untuk semua yang sudi membaca aku ucapkan terima kasih. Ambil lah ikhtibar terhadap apa yang berlaku pada diriku ini. Selamat menempuh semester baru buat semua, dan buat diri sendiri, selamat menempuh Tahun kedua, semester pertama pada sidang akademik 2017/2018. Sekian.
0 Ulasan